Monday, August 31, 2015

Rimas.


Seperti kebiasaannya,
seperti yang selalunya,
Seperti hari-hari yang sebelumnya,
Ah! Aku lemas.

Terletak aku di satu sudut penjuru,
aku tenggelam dek bingarnya suara;
Suara-suara lantang yang mengelilingiku,

Setiap detik berjalan,
setiap waktu yang berterusan,
Aku ditarik jauh,
Sepertinya aku--
Diheret ke dasar,
Dasar yang kelihatannya tidak berpenghujung,

Entah dari mana datangnya,
Mana punca asal usulnya,
Tiba-tiba--
Muncul-hadir,
merosak suasana,
mencarik norma,
merobek jiwa.

Ah--
Aku rimas

A.F 01092015




Kenangan--
Hari ini atau semalam,
Selamanya akan tetap tersimpan

Persahabatan--
Semat erat dan genggam,
jangan pernah kau padam

jauh aku dihadapan,
dibila ditolehnya aku kebelakang,
wajah ini,
senyuman ini,
menjadi candu--
candu untuk aku terus maju

Saturday, August 29, 2015

Selamat Lemas

Nyata,
Semuanya tidak seperti yang tertera,
Segalanya ilusi mainan mata,
Kerana apa?
Kerana dilihatnya air hanya pada permukaan,
Dijenguk-tengok sekilas pandang,
Selam dulu ke dasar dalam,
Biar fasih biar faham,    
Biar segala isi dihadam,

Adanya mata,
Belum tentu dapat melihat,
Adanya hati,
Belum pasti mampu menilai,
Kerana kita hanya insan teraniaya

A.F - 29082015

Monday, August 24, 2015

Benci.


Aku terbiar sendiri   
Di dalam ruang hitam tidak bersegi
Di persendirian itu aku tak pasti
Ketidakpastian itu seakan dengki
Seakan mahu menjatuhkan--

Rebah lemah berlantai bumi
Aku benci--        
Benci sendiri

Ditelan gelap aku berteka-teki
Bertanyakan timbunan persoalan
Aku lantas zahirkan
Perasaan bercampur baur
Hati hancur disulam remuk
Remuk hati ini juga nasibnya sama

Air jernih lembut menggelongsor
Di celahan wajah tidak bermaya
Deras menuruni lembah sengsara
Namun segala amukan
Seperti hari-hari yang lainnya
Ditelan pekat kegelapan

A.F 18082015

Friday, July 31, 2015

Sembunyi

Mungkin padamu aku sembunyi
Mungkin padamu aku sendiri    
Biarkan aksara ini bersarang debu
Biarkan segalanya terbuku

Melihat suasana memerli
Tidak mengapa hati ini dah lali
Biarkan aku tenggelam sepi
Hati ini lebih gemar menyendiri
                                                         
Ada yang berbicara
Seperti mereka tahu segala
Katanya tidakku berpijak--
Pijak tanah yang nyata    

Mungkin bagimu garapan ini
Hanya niatnya untuk sembunyi
Ruang pujangga muncurah ilusi

Lorong gelap medan persembunyian
Persoalannya disini
Bukankah persembunyian
Sebahagian dari kehidupan?

Monday, July 6, 2015

Ruang.

Saban hari aku berharap
Berharap kasih yang tak terungkap
Menongkat dagu merenung jendela
Hati kecil ini seraya berbicara

Apa mungkin hidupku persis jendela?
Terpampang luas tanpa ada yang durhaka?

Sepoinya angin bayu menyinggah lembut--
Cukup lembut sehingga tanpa aku sedar
Aku tenggelam didalam kabut

Kabutnya kehidupan yang mencengkam
Segala adunan rasa yang pahit-- jahanam
Tersentak aku sedari lamunan
Seraya tersedar semua ini hanya angan

Cita cita dusta terdorong propaganda
Mana mungkin disama ertikan
Dua zahir yang nyata berbeza
Dua susuk yang cara ciptanya tak serupa

Begitu juga hakikatnya kau dan aku
Yang pada lahiriahnya tidak sebulu

Dan diruangan ini--
Kesempatan ini

Kau dan aku
Dua jiwa terasing
Menuju destini

A.F - 07072015

Tuesday, June 30, 2015

Hati.


Hati ini sifatnya begitu
Sifatnya itu tidak menentu
Kadang suka secara tiba-tiba
Kadang berbahagi tidak semena

Hati ini fitrahnya begitu
Usai robek
Berderai beribu
Menjadi kepingan semalam
Menyimpan seribu satu kenangan silam

Hati ini persisnya pembentung
Menjadi bekas teguh menampung
Begitu juga hati ini
Akan sentiasa ada yang mengisi
Senentiasa ada yang bertandang--
Terburu datang

Hati ini yang menjadikan cinta
Yang tekun mengukir cerita
Cerita yang tiada siapa tahu
Cerita antara dua nyawa

Hikayat indah kau dan aku

A.F - 070115

Friday, May 15, 2015

Manifestasi.

Angin malam seakan memahami
Diterjahnya setiap lekuk tubuh
Namun tertanya adakah niat memerli?
Aku yang telatahnya semakin gemuruh?
Tidak pula aku peduli

Deruan ombak kencang bergema
Deras beralun memecah sukma
Siapa kata cinta selamanya bahagia?
Siapa kata berkasih itu norma?

Sedang pujangga mengait cinta
Ada saja mulut puaka--
Yang acapnya berkata

Konfontasi saat getir
Dibalasnya dengan keji dan sindir
Malah ada yang putusnya tiada menyindir

Namun--
Berkat yang diatas sana
Lelah aku teruskan jua
Gagah aku menepis segala
Cinta ini tiada penghujungnya
Walau riwayat kita bukan selamanya

Terimalah manifestasi dari hati
Jeritan seksa sang pujangga
Rasa ini jangan di asing sendiri
Bimbang luka tiada penawarnya

Kerna bagi aku kau bidadari
Kau tiada ganti

AF-16052015

Monday, May 4, 2015

Mangsa.

Zahir terpampang tenang berlinang
Terpancar sinar terang nan indah
Disajikan ke seluruh pelosok alam
Siapa tahu disebalik kedamaian
Disebalik tawa kebahagiaan
Sebalik segala yang terzahir

Siapa sangka--
Batin terseksa bukan kepalang
Tersiratnya pekung gundah
Tersimpan duka nan kelam

Sayang--
Hanya sandiwara
Tunduk akur
Tuntutan dunia
Walau hakikatnya jatuh tersungkur

AF - 05042015

Friday, May 1, 2015

Hampa.

Lelah aku berjuang
Demi setitis cinta sang hamba
Letih aku berperang
Menawan hati wilayah asmara

Menadah--
Setiap panahan rindu
Sakit!
Sikitpun tidak menggambar rasa
Pedih?
Kau belum kenal ertinya
Sengsara?
Sumpah tidak setara

Hati ini meronta
Sayangnya tiada yang cakna
Batin ini derita--
Keras bergempa
Jiwa ini melara
Sayangya tiada suara

Demi secebis kasih
Secebis pelangi
Yang diidam muncul usai hujan
Selepas segala kesengsaraan

Dusta--
Aku hampa.

Tuesday, April 28, 2015

Biar.

Biar

Saduri aku dengan keemasan kasihmu
Benamkan aku dalam kemanisan cintamu
Hujani aku dengan madah rindu yang terulung
Bisikkan aku kalimah puitis ikrar hati

Pekakkan mulut-mulut mencaci
Butakan telatah mereka yang mengeji
Tidak akan mereka fahami
Apa yang kau dan aku alami--
Kau dan aku lalui

Setankan saja semuanya
Selerakkan rasa benci mereka
Sehingga jatuh persis kaca
Simpan saja semua amarah
Biar mereka terkedu dalam gelita

Fitrahnya seorang hamba
Menjadi hakim dunia
Menghukum semua didepan mata
Tanpa diperhalusi subjeknya
Tanpa diteliti segenap aspeknya

Biarkan--
Si luncai dan kesemua labunya
Jangan pernah dicakna
Sumpah, buang masa.

Tuesday, April 21, 2015

Rasa Mati.


Bicara tentang rasa
Satu rasa yang aku kuburkan
Satu rasa yang aku buang jauh
Aku binasakan perasaan

Kiranya segalanya telah mati
Namun rasa ini membara kembali
Hati ini seakan berseri--
Bernyawa

Melihat ukiran senyumanmu;
Aku gila
Melihat sinarnya matamu
Aku bahagia
Diawangan aku seakan di syurga

Rasa yang dulunya hilang
Kini membara kembali girang
Bait memori kembali menyarang

Wahai cinta terlarang!
Aksara ini untukmu

Kau yang aku sayang!
Dambaan ini kepadamu

Sunday, April 19, 2015

Bunga.


Masih aku berdiri di ruangan ini
Ruang kosong tidak bersegi
Medan terkumpul igau ngeri
Masih kugagahkan hati ini
Mencari makna bait mimpi
Meratah cinta yang masih berbaki

Andai tahunya aku akan akhirnya
Akan ku kunci jiwa dan raga
Ku buang jauh hingga ke dasarnya
Ku tepis semua menjadi sisa

Kau bunga!
Bunga yang aku kira madu isinya
Manis menyentak seluruh deria

Rupanya racun keras bisanya
Rupanya gelap penuh bahaya

Kau bunga.

Friday, April 17, 2015

Bintang Kehidupan

Menongkat dagu merenung ke langit
Ditemani keriuhan kota dan suasana bingit
Kupejamkan mata ku lepaskan perit
Membayangkan dugaan aku ingin jerit

Kau dan hidupku tiada beza
Langit malam dan aku kita sama
Ku renung jauh ke langit
Menzahirkan butir butir genit
Khusyuk hingga pandangan aku tenggelam
Tenggelam bersama ribut
Bersama kabut
Yang seringkali seperti tiada hujungnya

Gelapnya kulihat awan malam itu
Hitam pekat kian membeku
Lantas fikiran kecilku meninjau sesuatu
Seperti yakinnya seorang pemburu
Begitu jugalah hidup seharianku

Dipenuhi bintik hitam silam
Dipenuhi duri menusuk tajam
Mungkin aku terlalu kejam
Mungkin aku terlalu lama memendam
Tapi sepertimana bintang yang gah
Bertabirkan awan gelap nan indah
Disebalik segala susah dan gundah
Aku masih bisa menongkah

Seperti bintang yang menyerlah

A.F 17042015

Thursday, March 5, 2015

Bulan


Bulan.

Bagi aku kau persis itu
Jauh berjuta batu
Namun kau sinar kehidupanku

Kau bagiku tiada beza
Gemerlap bercahaya
Mustahil aku menggapainya
Bagi aku kau tiada galang gantinya
Andai pergimu dari dunia ini
Maka gelaplah alam dan sekalian isinya

Jangan pernah kau berhenti
Berhenti menyinari sepi
Jangan kau mati

Bangun dan terus menerangi
Segenap ruang hati

A.F - 05032015

Wednesday, March 4, 2015

Hitam


Hitam

Aku jadikan hitam kegelapan itu
Dari setiap kabur teraju
Dari setiap lekuk penjuru
Aku jadikan ia sebahagian dariku

Aku jadikan kenangan semalam
Aku jadikan bayangan hitam
Dan masa silam
Menjadi tempat aku bersemayam

Meraba aku buta dalam kepekatan
Mencuba aku menggapai kemenangan
Kemenangan yang pasti tak terungkapkan

Aku gagal.

Monday, March 2, 2015

Harga


Telah kuberi segala yang mungkin
Kukorbankan apa yang diingin
Kehendakmu apa jua ku tunai

Bukan balasan menjadi asbab utama
Tapi harapan untuk kau turut merasa
Sama merasa letusan getarnya
Sama merasa apa yang aku rasa

Setidaknya aku harap kau cuba

Aku seperti hilang arah
Terseksa aku dihimpit amarah
Tidak aku menjadikan kau segala punca salah
Kerana aku tahu
Tahu yang kau hanya berserah
Berserah kepada yang Esa menjadi pengarah

Sebagai hamba yang lemah
Tiada apa yang boleh aku tunjukkan
Melainkan merakam rasa pasrah

Mencintai itu bagiku mudah
Tapi menyangi itu yang payah
Bilamana hati sudah dikunci
Cinta tidak semena bersemi

Aku hanya mampu tunduk
Menyembah bumi

A.F - 03032015

Saturday, February 28, 2015

Heroin.


Tegar aku berusaha berhenti
Mencuba aku untuk lari
Lari dari semua ini
Dari terus dicandu

Terus menagih tanpa batas
Tanpa memikirkan kesan sampingan
Keadaan sekeliling tidak lagi dihiraukan

Aku sedar tiada langsung kebaikan
Tiada apa lagi yang harus diperjuangkan
Walau semua ini ternyata khayalan
Walau nanti apa yang dirasa hanya kesengsaraan

Tapi apa pilihan yang aku ada?
Aku tak boleh lari dari kenyataan
Kau juga sama
Kenyataan yang kita juga manusia
Pada zahirnya
Dan pada zahirnya
Kita sama pada dasarnya

Menagih heroin tanpa had
Heroin cinta mainan dunia

A.F - 28022015

Friday, February 27, 2015

Tersiksa Di Lapangan

Berdiri lemah aku bertongkatkan hati
Sisa maruah yang masih berbaki

Aku dirobek kejam oleh kehidupan
Aku dihukum dingin dunia tanpa belas
Tanpa secebis kemanisan kasihan
Kadang aku cuba menjernihkan kekeruhan

Cuba mengkalsifikasikan kekeliruan

Mentafsir persoalan merungkai jawapan

Tidak aku minta kau rasa apa yang aku rasa
Bukan simpati yang aku pinta
Cuma diharap isi hatiku dimengerti
Harap tidak wujud rasa benci

Ini bukan cacian
Himpunan kata dijadikan makian
Anggap ini sekadar luahan
Ledakan hati dijadikan rintihan

Rintihan aku
Yang tersiksa dalam lapangan

A.F - 28022015

Thursday, February 26, 2015

Rusuk Kiri

Telah dijadikan kedua duanya
Diciptakan berpasang pasangan
Salasilah bermula Adam dan Hawa
Berkembang mekar mencambah keturunan

Yang lelaki bernafsu sulung
Namun sembilan akalnya
Sebaliknya pula kaum hawa
Akalnya satu nafsunya sembilan

Yang lelaki itu kebiasaanya lantang
Menjadi khalifah memimpin sang hawa
Yang perempuan itu seringnya beralah
Tunduk patuh syurga balasannya

Begitulah juga indahnya alam
Segalanya rapi gah tersergam
Seperti siang gantinya malam

Seperti sang hujan hasilnya pelangi
Patahnya tumbuh hilang kan berganti
Bagaikan sejolinya dua merpati

Benar, mereka saling melengkapi

A.F - 27022015



Wednesday, February 25, 2015

Tawanan


Terperangkap dalam alam persis penjara
Menjadi tahanan diperlaku seperti hamba
Tanpa belas kasihan aku diseksa

Hati kecil ini keras meronta
Aku tidak lagi berdaya
Yang menjadi persoalannya
mengapa aku rela?

Relakan ragaku dijajah
Relakan hatiku diratah
Apa aku tidak punya maruah?
Apa aku sebetulnya lemah?

Dan apa harus kusimpan saja segala amarah?
Terus kekal mempertahankan amanah?

Ini bukanlah tawanan perang
Yang kemanisan hanya dirasai yang menang
Tapi ia satu perjuangan
Suatu pertarungan

Antara hati dan perasaan.

A.F - 26022015

Monday, February 23, 2015

Rahsia.

Tersimpannya amat terpencil
Didalam ruang yang paling dalam
Kadang mungkin kecil
Namun perlu benar-benar diselam

Bukan semuanya harus ditatap
Tidak segala perlu diungkap diucap

Cukup aku seorang yang menanggung
Yang meratap yang meraung
Biar aku sendiri menjadi bingung

Dan aku biarkan
Biarkan mulut-mulut durjana terus berkata
Mencaci-cela apa yang aku ada
Segala apa yang aku rasa
Tika dan saat ini

Aku bodoh dan diamkan saja telatah mereka
Kerana bagi aku mereka tidak berdosa
Mereka tidak tahu apa
Hanya sewenangnya meneka

Biarlah perkara ini rapi terpelihara
Biar ia kekal menjadi satu rahsia

Saturday, February 21, 2015

Teman.


Tercampak jauh aku di perantauan
Membuatkan aku rasa keseorangan
Tidak lagi diulit manisnya kekeluargaan

Setidaknya itu yang aku rasa

Aku tersenyum pabila terkenangkan kamu
Kau yang mengajar aku tempuh dunia baru
Kau temanku dalam aku menuntut ilmu

Mereka kata hidup perlu berkawan
Lantas kubilang mereka hilang pertimbangan
Aku kira mereka lebih dari itu

Mereka tempatku kongsi bahagia
Mereka tempatku menghilangkan duka
Temapat aku menceritakan cinta dan cita
Pendek kata tempatku melampias segala

Mereka bukan kawan
Tidak pula ku kata mereka lawan

Kerana bagi aku mereka sahabat

A.F - 21022015

Friday, February 20, 2015

Lali



Malam ini seperti yang lainnya
Tiada sikit pun yang berbeda
Tiada apa yang ketara

Aku termenung seorang diri
Ditemani asap putih berkepulan
Perlahan disedut dihembus keluar

Aku memerhati keadaan sekeliling
Tidak semena aku jadi runsing

Apa dosaku?
Apa salahku?
Jujur aku juga tidak tahu

Kenapa harus aku jahanamkan rasa ini
Demi cinta yang aku sendiri tak pasti
Yang aku disini masih tercari-cari
Masih menjamah saki baki

Jangan pernah kau bimbangkan hati ini
Kerana aku lebih rela berdiri sendiri
Jangan gusar kemana aku akan pergi
Kerana langkah kaki ini tidak akan terhenti

Tidak! Ini bukan besi
Sekeras keras batu pun akan lekuk jika dititis air
Biarkan! Biarkan aku pergi
Tidak mengapa! Aku dah lali

A.F - 20022015

Thursday, February 19, 2015

Mata


Malam itu pertama kali kita bersua
Debaran dihati kuat aku merasa
Aku persetankan semua biar saja
Aku seakan-akan tidak percaya

Kulihat satu susuk dihadapanku
Ditemani angin rindu berlagu syahdu
Aku amati setiap sisi yang terpaku
Ya, kedua-duanya sama tersipu

Mungkin malu,
Berat untuk aku mengaku
Tapi benar hakikatnya memang itu

Namun lirikan ku terhenti di suatu ketika
Segalanya seakan terberhenti seketika
Penglihatan yang tadi dibiar merata
Kini beku tertumpu
Tertumpu pada matamu yang bersinar
Sinar yang menembus terus kedalam jiwaku

Aku perhati saja gelgatmu
Aku senyumkan saja semua telatahmu

Matamu persis indahnya permata
Bagi aku kau ayu-ayu saja

Matamu menggambar segala

Wednesday, February 18, 2015

Terima.

18022015

Cukup sudah semua esakan
Usai sudah semua tangisan
Simpan rapi dalam peti kenangan
Kenangan yang tidak lagi di dambakan

Kunci.

Disebalik semua kecelaruan
Hadirnya sang jejaka menggenggam harapan
Cuba menyembuh luka yang terasa
Cuba memberi nafas baru
Menenggelamkan segala haru

Bukalah mata dan jiwa!
Jangan terus terpejam buta
Lihatlah dunia!
Bukan semua pria seperti dia

Hanya tahu menempa kecewa
Hanya tahu bermain rasa

Tinggalkan kenanganmu yang lalu
Biarkan semuanya dibelakangmu
Hiduplah engkau dengan kenangan yang baru.

Tuesday, February 17, 2015

Bayangan Semalam

Jahat
17022015

Memilih untuk menyepi
Bukan sebab hati ini membenci
Memilih untuk menyendiri
Bukan kerna aku tiada hati

Tapi hanya kerana

Terdapat suatu rasa dalam hati ini
Rasa yang aku sendiri tidak mengerti

Lalu aku selerakkan rasa ini
Berterbangan ke seluruh pelosok tubuh
Berbaki sisa aku terus melangkah
Mencari ruang untukku menyelinap masuk

Namun langkahku terbatas diserang masa lalu
Seram akan bayang-bayang aku jadi kelu

Lalu ku ukir semua menjadi puisi
Dengan harapan dirimu mengerti
Yang aku menyayangi setulus hati
Cinta yang aku rasakan tak berbelah-bagi


In Shaa Allah jika ada rezeki...

Sunday, February 8, 2015

Senjata Mukmin

Di dalam diri kita ini
Terkandungnya satu senjata
Senjata yang termatlah suci
Setiap yang bergelar muslim pasti memiliki

Tanpa kita sedar senjata ini kian lusuh
Tanpa kita jangka senjata ini kian lumpuh

Mungkin kerana tidak lagi digunakan
Mungkin kerana terlalu bongkak
Terlalu angkuh untuk menadah tangan
Atau lebih rela senjatanya disimpan

Senjata ini bukan senjata biasa
Tidak perlu diisi pelurunya
Tidak perlu lesen mengendalinya
Sebaliknya hanya melalui kata-kata
Membiarkan lidah basah meminta

Setiap kata yang dilafaz
Setiap airmata yang bercucuran
Hanya demi menutur sembah sedalam kalbu
Hanya menzahirkan kasih terhadapMu

Senjata yang dimaksudkan bukanlah bazooka
Yang bisa melemahkan musuh pabila mendengarnya
Menjadikan orang yang alpa gundah gulana
Senjata yang dimaksudkan itu adalah doa

-A.F 02092015 12:59 AM

Wira Tak Disebut

Bonda

Tanpa dia kita tiada apa
Tanpa dia kita tak mungkin mengenal dunia

Dia yang berjaga siang dan malam
Berusaha telus tak langsung berkira

Walaupun waktu tidurnya terpaksa dikorbankan
Apa jua kemahuan kita sentiasa diturutkan
Namun tak pernah sekali kita dilihat sebagai beban

Sesungguhnya kita anugerah Tuhan
Walau terpaksa dia harung segala keperitan
Menanggung kita selama sembilan bulan

Oh ibu tingginya darjatmu!
Oh ibu besarnya pengorbananmu!

Tak mungkin terbalas olehku
Segala jerih perihmu
Hanya yang ada ku kirimkan doa buatmu

Untukmu ibu

Saturday, February 7, 2015

Motif

Bangun dari tidur yang selesa
Kelopak mata perlahan dibuka
Terjaga dari buaian mimpi lena

Bingkas bangun dengan segera
Mencari makna dalam kehidupan
Menjadikan masa bergerak perlahan
Membiarkan rona berlalu pergi

Apa sebabnya aku dilahirkan?
Apa motif ditiupkan roh ke dalam jasad


Ini satu medan peperangan
Satu pertarungan mengejar impian
Satu peraduan melawan nafsu

Ini satu kehidupan
Dalam menjalankan segala kewajipan
Dalam perjalanan aku menuju tuhan

Thursday, February 5, 2015

selam kedalam diri, lihat menggunakan mata hati

Kosong

Tanpa cinta dia rasa kosong
Tanpa teman dia rasa murung

Mungkin dia fikir dia keseorangan
Atau mungkin dia fikir dia ditinggalkan
Tapi sebenarnya dia cuma lupa

Lupa akan seperkara

Lupa bahawa tiada apa yang kosong
Sedang bekas kehabisan air
Akan tetap diisi dengan udara
Akan tetap ada yang mendampinginya

Dan begitu juga azalinya manusia
Yang dimana disaat dia tiada apa
Disaat dia hampa

Dia lupa akan yang mencipta
Yang menjadikan segala dalam hidupnya mungkin

Kita yang tak akan ditinggalkan
Kita yang tak mungkin keseorangan

Kita ada Tuhan

Wednesday, February 4, 2015

Cubaan Pertama

Bosan.

Bila ditanyakan tentang kehidupan aku bosan,
Ditanyakan lagi tentang cinta aku hairan,

Bosan dengan soalan yang sifatnya memerangkap,
Hairan dengan persekitaran yang hanya tahu cakap,

Yang pada hakikatnya mereka juga sama,
Pada dasarnya mereka serupa,
Dan benar mereka pendusta!

Mereka cuma tahu mengadili,
Tapi tak pernah pula menyelami,

Tak pernah cuba untuk mengerti.

Tuesday, February 3, 2015

Petanda

Title : Petanda
By : Aiman Fuad
Time : 1.49 am
Date : 4th February 2015

Aku sedang berbicara denganMu,
Mungkin ini sahaja medan yang aku ada,
Ini sahaja cara yang aku punya,
Dalam keheningan malam,
Diulit lagu syahdu kenangan silam,

Pertanyaan yang lahir dalam hati,
Persoalan yang dah lama diperinci,
Bukan sekali dua atau tiga kali,
Tapi berkali-kali sampai aku lali,
Hinggakan perih untuk aku peduli,

Melihat orang sekeliling aku jadi benci,
Memerhati suasana aku jadi iri,
Ya Tuhan apa tandanya semua ini?
Ya Tuhan dengarlah rintihan hati,
Apakah maksudnya semua ini?
Ya Tuhan aku tak bisa berdiri sendiri,

Apa niatMu sekadar untuk melindungi?
Apa segalanya akan terbukti?
Apa memang secara mutlaknya aku sendiri?
Apa segala ini hanya kerana aku diuji?

Apapun alasannya Ya Rabb,
Engkau Maha tahu,
Engkau Maha mengerti,
Engkau Pemilik hati,

Dan aku akhirnya tetap disini,
Didalam kehidupan yang tak pasti.

Title : Sisi Gelap
By : Aiman Fuad
Time : 8.26 pm
Date : 3rd February 2015

Mereka kata cinta itu indah,
Cis! Aku terlanjur percaya,
Mereka bilang cinta itu sebuah kisah,
Cis! Sayang aku tak cuba mendalaminya,

Disebalik segala keindahan,
Dicelahan bait-bait percintaan
Tersimpannya satu penderitaan,
Terpahatnya satu kesakitan,

Cinta memang indah,
Tapi kita lupa,
Cinta memang indah,
Sayangnya kita alpa,
Bahawa dalam percintaan wujudnya satu kekangan,
Bahawa dalam berkasih adanya satu penderitaaan,

Setelah ku fahami,
Setelah ku alami,
Setelah segalanya kupelajari,
Setelah semuanya ku mengerti,

Tiada sikit pun rasa penyesalan dalam diri ini,
Biarku tanggung derita merindu ini sendiri,
Biar aku hadapi anugerah agung ini,

Dalam penyiksaan merinduimu.

Friday, January 30, 2015

Dengan Nama Sang Pencinta yang pengasih dan penyayang

Title : Tanpa diduga
Nukilan : Aiman Fuad
Tarikh : 31st January 2015
Masa : 1.05 pm

Rasa yang aku rasa ini sumpah bermakna,
Perasaan yang kualami ini sumpah tak disangka,
Cinta yang terbit ini benar ku tak percaya,

Datangnya itu tidak semena-mena,
Hadirnya itu entah dari mana,
Aku sendiri masih terpinga-pinga,

Tak pernahku jangka dialah orangnya,
Wahai hati perhalusilah setiap segi,
Wahai hati perincilah setiap sisi,
Apa benar apa yang kau rasa?
Apa benar apa yang mereka kata?

Kita sang hamba hanya mampu mencuba,
Namun diatas sana penentu segalanya,
Ya Allah apa benar dia diutus buatku?
Ya Allah apa benar dia rusuk kiriku?
Kalau benar maka redha aku milikMu,
Kalau tepat maka Ya Rabb bantulah hambamu,

Dalam menjadi seorang muslim yang syumul,
Dalam menjadi...
Hambamu yang unggul!

Thursday, January 8, 2015

Jujur

Dunia ini penuh dengan penipuan,
Penipuan berdarah dingin dan kejam,
Lalu aku bertanya kedalam diri,
Apakah tidak wujud lagi kebenaran?
Apa segalanya hanya igauan?
Apa memang benar selama ini aku terbuai kekenyangan,
Kenyang dek kerana disuap dengan helah?
Helah yang dilemparkan oleh mereka yang disangka manusia?

Benar fitrah seorang hamba tidak pernah puas,
Tidak akan gembira selagi belum menggenggam segala,
Leka dan alpa mengejar dunia,
Dunia yang tidak menjanjikan apa-apa,
Dunia yang sifatnya seketika.

Lalu ku tanyakan kembali pada hati,
Tidakkah wujud perkara yang bisa memuaskan hati sang hamba ini?
Dan tidak semena kutemu jawapannya,
Aku tidak tahu mana silapnya,
Namun jawapannya cukup mudah untuk dicerna,
Disebalik itu hanya satu yang kita inginkan,
Di sebalik semua penipuan,
Disebalik segala desakan,
Kita hanya memerlukan..

Kejujuran...

Wednesday, January 7, 2015

Dilema


Jatuh cinta itu mudah,
Bisa berlaku dengan sekelip mata,
Datang dengan cara yang tak langsung diduga,
Kekadang mungkin secara tiba-tiba,
Tidak pernah mengira siapa mangsanya,
Setidaknya itu yang mereka kata,

Mengakui itu yang susah,
Bisa bikin sang pencinta resah,
Menjadikan segalanya serba tak kena,
Perasaan berkecamuk jelas dirasa,
Namun tidak pula diketahui sebabnya,
Tidak juga diberitahu mengapa,

Jangan pernah mencuba untuk membantu,
Simpan saja tanganmu didalam saku,
Biarkan aku dengan usahaku,
Segala jerih-perih yang harus dilalu,
Mungkin senentiasa akan kutemui jalan buntu,
Mungkin selamanya perasaan kasih ini terkubu,

Takkan pernah aku sesal mengenalimu,
Takkan pernah aku kesal mencintaimu,

Walaupun semua ini bermaksud aku harus terluka,
Walaupun aku harus terseksa selamanya..


Saturday, January 3, 2015

Sayang dalam bayang (Remake)

Tiada apa yang beda hari ini,
Aku masih lagi aku,
Masih terdiam membisu,
Masih dicaci bertalu,

Kekadang jauh di dasar hati ini,
Aku bertanyakan soalan yang aku sendiri tak pasti,
Soalan yang mungkin takkan ada jawapannya,
Suatu persoalan yang bagiku sia-sia,
Soalan yang sentiasa berlegar didalam minda,

Kenapa dan mengapa?
Kenapa harus sulit untuk aku melafazkannya?
Kenapa berat benar untuk aku menzahirkannya?
Sedangkan didalam raga ini merah membara,
Dipenuhi rasa cinta yang menggunung tingginya,
Rasa cinta yang tidak pernah aku rasa,

Memang aku cinta!
Tapi seakan ada bebayang,
Memang aku sayang!
Tapi seperti ada yang menghalang,
Seperti wujudnya satu jurang,

Biarlah ku simpan perasaan ini,
Jauh dari sesiapapun untuk dikecapi,
Semoga perasaan ini abadi,
Selamanya..