Nyata,
Semuanya tidak seperti yang tertera,
Segalanya ilusi mainan mata,
Kerana apa?
Kerana dilihatnya air hanya pada permukaan,
Dijenguk-tengok sekilas pandang,
Selam dulu ke dasar dalam,
Biar fasih biar faham,
Biar segala isi dihadam,
Adanya mata,
Belum tentu dapat melihat,
Adanya hati,
Belum pasti mampu menilai,
Kerana kita hanya insan teraniaya
A.F - 29082015
No comments:
Post a Comment