Kosong
Tanpa cinta dia rasa kosong
Tanpa teman dia rasa murung
Mungkin dia fikir dia keseorangan
Atau mungkin dia fikir dia ditinggalkan
Tapi sebenarnya dia cuma lupa
Lupa akan seperkara
Lupa bahawa tiada apa yang kosong
Sedang bekas kehabisan air
Akan tetap diisi dengan udara
Akan tetap ada yang mendampinginya
Dan begitu juga azalinya manusia
Yang dimana disaat dia tiada apa
Disaat dia hampa
Dia lupa akan yang mencipta
Yang menjadikan segala dalam hidupnya mungkin
Kita yang tak akan ditinggalkan
Kita yang tak mungkin keseorangan
Kita ada Tuhan
No comments:
Post a Comment