Monday, March 2, 2015

Harga


Telah kuberi segala yang mungkin
Kukorbankan apa yang diingin
Kehendakmu apa jua ku tunai

Bukan balasan menjadi asbab utama
Tapi harapan untuk kau turut merasa
Sama merasa letusan getarnya
Sama merasa apa yang aku rasa

Setidaknya aku harap kau cuba

Aku seperti hilang arah
Terseksa aku dihimpit amarah
Tidak aku menjadikan kau segala punca salah
Kerana aku tahu
Tahu yang kau hanya berserah
Berserah kepada yang Esa menjadi pengarah

Sebagai hamba yang lemah
Tiada apa yang boleh aku tunjukkan
Melainkan merakam rasa pasrah

Mencintai itu bagiku mudah
Tapi menyangi itu yang payah
Bilamana hati sudah dikunci
Cinta tidak semena bersemi

Aku hanya mampu tunduk
Menyembah bumi

A.F - 03032015

No comments:

Post a Comment