Monday, February 23, 2015

Rahsia.

Tersimpannya amat terpencil
Didalam ruang yang paling dalam
Kadang mungkin kecil
Namun perlu benar-benar diselam

Bukan semuanya harus ditatap
Tidak segala perlu diungkap diucap

Cukup aku seorang yang menanggung
Yang meratap yang meraung
Biar aku sendiri menjadi bingung

Dan aku biarkan
Biarkan mulut-mulut durjana terus berkata
Mencaci-cela apa yang aku ada
Segala apa yang aku rasa
Tika dan saat ini

Aku bodoh dan diamkan saja telatah mereka
Kerana bagi aku mereka tidak berdosa
Mereka tidak tahu apa
Hanya sewenangnya meneka

Biarlah perkara ini rapi terpelihara
Biar ia kekal menjadi satu rahsia

No comments:

Post a Comment