Puisi ini aku tulis pada suatu malam yang hening menggunakan peranti pintar mudah alih berjenama Blackberry aku. Ianya ditujukan kepada sahabat sahabatku yang akan berpindah ke kampus lain untuk semester hadapan. aku tak reti nak cakap depan-depan. Lalu terciptanya prosa yang tak seberapa ni...
Mereka membawa erti segalanya,
Menjadi tempat mencurah segala rasa,
Mereka menjadi tempatku bercerita,
Tentang suka,
Tentang duka,
Tentang cinta,
Dan tentang cita..
Berbagai kenangan indah telah kita pahat bersama,
Walaupun mengenalimu hanya seketika,
Walaupun bertemu denganmu hanyalah sementara,
Namun aku teguh memanjatkan rasa syukur tidak terhingga,
Rasa syukur ke hadhrat yang Maha Esa,
Kerana denganmu aku perlahan-lahan mengenali dunia,
Dunia yang tak pernah aku alami,
Suatu dunia yang tak pernah aku sangka akan aku ceburi..
Namun benarlah kata-kata sang pujangga,
Katanya bahawa setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya
Setiap yang bernyawa pasti akan menempuh mati,
Setiap yang hidup pasti berlalu pergi,
Pada setiap pertemuan pasti akan adanya perpisahan,
Amat perit untukku ungkap dengan kata,
Kerana itu terhasilnya prosa yang tidak seberapa,
Hasil curahan rasa hati,
Segala yang tersimpan selama ini,
Segala yang terbuku dalam sanubari..
Kaulah sahabat yang sejati,
Kaulah sahabat yang aku cintai,
Walau jasad kita terpisah jauh,
Namun memori yang telah kita cipta,
Akan sentiasa berlegar didalam minda,
Walaupun pertemuan kita tidak bertahan,
Aku sumpah! Aku janji! persahabatan kita akan berkekalan,
bukan esok, bukan hari ini,
Tapi....
SELAMANYA!!!!!
No comments:
Post a Comment