Monday, April 21, 2014

S.A.H.A.B.A.T

Puisi ini aku tulis pada suatu malam yang hening menggunakan peranti pintar mudah alih berjenama Blackberry aku. Ianya ditujukan kepada sahabat sahabatku yang akan berpindah ke kampus lain untuk semester hadapan. aku tak reti nak cakap depan-depan. Lalu terciptanya prosa yang tak seberapa ni...


Mereka membawa erti segalanya,
Menjadi tempat mencurah segala rasa,
Mereka menjadi tempatku bercerita,
Tentang suka,
Tentang duka,
Tentang cinta,
Dan tentang cita..


Berbagai kenangan indah telah kita pahat bersama,
Walaupun mengenalimu hanya seketika,
Walaupun bertemu denganmu hanyalah sementara,
Namun aku teguh memanjatkan rasa syukur tidak terhingga,
Rasa syukur ke hadhrat yang Maha Esa,
Kerana denganmu aku perlahan-lahan mengenali dunia,
Dunia yang tak pernah aku alami,
Suatu dunia yang tak pernah aku sangka akan aku ceburi..


Namun benarlah kata-kata sang pujangga,
Katanya bahawa setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya
Setiap yang bernyawa pasti akan menempuh mati,
Setiap yang hidup pasti berlalu pergi,
Pada setiap pertemuan pasti akan adanya perpisahan,
Amat perit untukku ungkap dengan kata,
Kerana itu terhasilnya prosa yang tidak seberapa,
Hasil curahan rasa hati,
Segala yang tersimpan selama ini,
Segala yang terbuku dalam sanubari..


Kaulah sahabat yang sejati,
Kaulah sahabat yang aku cintai,
Walau jasad kita terpisah jauh,
Namun memori yang telah kita cipta,
Akan sentiasa berlegar didalam minda,
Walaupun pertemuan kita tidak bertahan,
Aku sumpah! Aku janji! persahabatan kita akan berkekalan,

bukan esok, bukan hari ini,
Tapi....

SELAMANYA!!!!!

Salam perkenalan...

Taaruf!!!!!

Assalamualaikum W.B.T,

Salam perkenalan buat kalian semua. Ini merupakan kali pertama aku berhadapan dengan salur media yang sebegini rupa. Pelik dan aneh sungguh rupanya. Haha. Oh, maafkan saya kerana terbawa dengan watak. Berbalik kepada sesi taaruf kita tadi. Nama yang dikurniakan ialah Muhammad Aiman bin Mohamed Fuad dan aku dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur.. Kekok pula rasanya.. rasa macam pelajar baru dekat sekolah yang kena berdiri dihadapan kelas dan memperkenalkan diri. For now , I think it is better for me to skip this part. Alaa takpe lama-lama nanti kenal lah tu. Tujuan aku merangka blog ini sebenarnya nak mengisi masa yang terluang ( makaih cliche nyeww). No really! memandangkan cuti sem ni, untuk mengelakkan hari-hari yang dilalui berlalu pergi begitu sahaja, aku tergerak untuk mengadakan satu blog yang boleh aku jadikan medium untuk aku mencurahkan rasa hati ini. Ye mungkin tak banyak tapi at least something kan? Sebenarnya dah lama dah tergerak untuk aku buat blog ni tapi tulah.. masa sentiasa nak jealous dengan aku. Dah lah tuh. Aku rasa cukup sampai disini dulu deeper conversation kita. Tulis pepanjang pon tak guna jugak, sedangkan buku ilmiah pon payah kita nak baca inikan pula penulisan bosan tahap dewa vishnu brahma macam ni. Kalau nak komen tu yang positive je ey? ey? ey? Just keep the negative ones to yourselves. Hik hik hik :3