Saturday, January 28, 2017

Infiniti

Kehidupan ini adalah belantara.
Bagaikan satu hutan yang tiada akhirnya
Kita, kau dan aku adalah tidak lain
Peneroka alam infiniti ini
Kita yang pada zahirnya tiada beza,
Tapi dalam hati kita tak pernah sama.
Kita tempuh satu hutan yang sama
Tanah yang sama
Mengatur langkah mencari makna
Meyusur onak dan ujian
Kerana rasa percaya yang tidak pernah hilang
Mengharapkan sinar dihujung sana
Kerana kita semua man usually
Yang layak merasa secrbis bahagia

A.F - 290117, 12:21 A.M