Monday, August 31, 2015

Rimas.


Seperti kebiasaannya,
seperti yang selalunya,
Seperti hari-hari yang sebelumnya,
Ah! Aku lemas.

Terletak aku di satu sudut penjuru,
aku tenggelam dek bingarnya suara;
Suara-suara lantang yang mengelilingiku,

Setiap detik berjalan,
setiap waktu yang berterusan,
Aku ditarik jauh,
Sepertinya aku--
Diheret ke dasar,
Dasar yang kelihatannya tidak berpenghujung,

Entah dari mana datangnya,
Mana punca asal usulnya,
Tiba-tiba--
Muncul-hadir,
merosak suasana,
mencarik norma,
merobek jiwa.

Ah--
Aku rimas

A.F 01092015




Kenangan--
Hari ini atau semalam,
Selamanya akan tetap tersimpan

Persahabatan--
Semat erat dan genggam,
jangan pernah kau padam

jauh aku dihadapan,
dibila ditolehnya aku kebelakang,
wajah ini,
senyuman ini,
menjadi candu--
candu untuk aku terus maju

Saturday, August 29, 2015

Selamat Lemas

Nyata,
Semuanya tidak seperti yang tertera,
Segalanya ilusi mainan mata,
Kerana apa?
Kerana dilihatnya air hanya pada permukaan,
Dijenguk-tengok sekilas pandang,
Selam dulu ke dasar dalam,
Biar fasih biar faham,    
Biar segala isi dihadam,

Adanya mata,
Belum tentu dapat melihat,
Adanya hati,
Belum pasti mampu menilai,
Kerana kita hanya insan teraniaya

A.F - 29082015

Monday, August 24, 2015

Benci.


Aku terbiar sendiri   
Di dalam ruang hitam tidak bersegi
Di persendirian itu aku tak pasti
Ketidakpastian itu seakan dengki
Seakan mahu menjatuhkan--

Rebah lemah berlantai bumi
Aku benci--        
Benci sendiri

Ditelan gelap aku berteka-teki
Bertanyakan timbunan persoalan
Aku lantas zahirkan
Perasaan bercampur baur
Hati hancur disulam remuk
Remuk hati ini juga nasibnya sama

Air jernih lembut menggelongsor
Di celahan wajah tidak bermaya
Deras menuruni lembah sengsara
Namun segala amukan
Seperti hari-hari yang lainnya
Ditelan pekat kegelapan

A.F 18082015