Thursday, March 5, 2015
Bulan
Bulan.
Bagi aku kau persis itu
Jauh berjuta batu
Namun kau sinar kehidupanku
Kau bagiku tiada beza
Gemerlap bercahaya
Mustahil aku menggapainya
Bagi aku kau tiada galang gantinya
Andai pergimu dari dunia ini
Maka gelaplah alam dan sekalian isinya
Jangan pernah kau berhenti
Berhenti menyinari sepi
Jangan kau mati
Bangun dan terus menerangi
Segenap ruang hati
A.F - 05032015
Wednesday, March 4, 2015
Hitam
Hitam
Aku jadikan hitam kegelapan itu
Dari setiap kabur teraju
Dari setiap lekuk penjuru
Aku jadikan ia sebahagian dariku
Aku jadikan kenangan semalam
Aku jadikan bayangan hitam
Dan masa silam
Menjadi tempat aku bersemayam
Meraba aku buta dalam kepekatan
Mencuba aku menggapai kemenangan
Kemenangan yang pasti tak terungkapkan
Aku gagal.
Monday, March 2, 2015
Harga
Telah kuberi segala yang mungkin
Kukorbankan apa yang diingin
Kehendakmu apa jua ku tunai
Bukan balasan menjadi asbab utama
Tapi harapan untuk kau turut merasa
Sama merasa letusan getarnya
Sama merasa apa yang aku rasa
Setidaknya aku harap kau cuba
Aku seperti hilang arah
Terseksa aku dihimpit amarah
Tidak aku menjadikan kau segala punca salah
Kerana aku tahu
Tahu yang kau hanya berserah
Berserah kepada yang Esa menjadi pengarah
Sebagai hamba yang lemah
Tiada apa yang boleh aku tunjukkan
Melainkan merakam rasa pasrah
Mencintai itu bagiku mudah
Tapi menyangi itu yang payah
Bilamana hati sudah dikunci
Cinta tidak semena bersemi
Aku hanya mampu tunduk
Menyembah bumi
A.F - 03032015
Subscribe to:
Posts (Atom)