Friday, December 5, 2014

Jerat

Acapkali diperdengar
Acapkali dibualkan
Cinta mampu memberi kebahagiaan
Cinta mampu menelan kabus kegelapan
Namun sejauh mana kebenaran yang diperkatakan?
Sesahih apa yang sering dibicarakan?

Mereka kata cinta sesama manusia membuat manusia gila
Mereka kata cinta membuatkan hambanya lupa segala
Namun disebalik itu mereka lupa
Mereka alpa dek terlalu leka
Mereka lupa bahawa ada cinta yang lebih utama
Lebih pertama
Jika ingin dibandingkan segala cinta didalam dunia
Jika hendak diperhitung setiap satunya

Mereka bilang cinta yang dicari pasti akan pergi
Akan pudar dimamah masa
Akan hilang tidak selama
Hanya yang ada sengsara

Oleh itu kejarlah cinta yang abadi
Cinta yang tidak menuntut hambanya mencari-cari
Cuma yang ada perlu diteliti

Perlu diperhalusi
Perlu dilihat didalam diri
Perlu dikaji setiap persegi

Cinta kepada sang pencipta yang Maha Mengasihi